25 May 2012

Alisha's Sports Day


Hari sukan ni dah lama,last month..baru teringat nak update buat kenang-kenangan.

 Little Caliphs Sports Day

Bila - Sabtu, 28 April 2012
Kat  - Padang Sekolah TTDI Jaya
Hari yg panas tapi menyeronokkan bagi bebudak ni walau ada yg menangis (parents ada, mula la buat perangai comelss).
Alhamdulillah, Alisha tak banyak songeh, dia memang sukaaaa pergi sekolah since hari pertama.Alisha rumah kuning.


Dah sampai,kena register dulu


Sekarang turn Alisha pulak




Dengan bestfren, Riana yg pakai selendang biru..kesian tak dapat dok satu rumah


Dalam barisan





Kiri kanan kiri



Lari kepit2 bola..bola besar dari tuan


Bawa bola dalam sudu

Dah habis acara,main belon pulak



22 May 2012

Rejab


Cepatnya masa berlalu, tanpa disedari Rejab telah muncul..

30 March 2012

@ Tips Amalan Lembutkan Hati Anak/Suami

Amalan untuk lembutkan hati suami/anak atau ahli keluarga yang degil dan melawan cakap atau sewaktu dengannya:

Cara-caranya:
# Ketika mencuci beras untuk dimasak, si ibu (lebih afdhal) membaca Al Fatihah, diikuti selawat nabi 3 kali kemudian baca doa ini: " Ya Allah, berkat selawat keatas Rasul Mu Muhammad S.A.W, Engkau lembutkan hati suami/anakku ...(sebut namanya) sebagaimana lembutnya beras ini hingga menjadi nasi"

# Ketika bancuh air untuk diminum, baca Al-Fatihah dan selawat 3 kali, lepas tu doakan yang baik-baik untuk diri sendiri dan ahli keluarga, sambil sentuh air tesebut dengan hujung jari telunjuk.

Renung-renungkan!! & Selamat beramal.

Sumber : Forwarded email
By: SuperMak Shoppe

@ Kesilapan dlm mendidik anak

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
Saidul (penghulu) istighfar
Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41) Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
menakutkan anak-anak dengan sekolah
menakutkan dengan tempat gelap
menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.” (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. “Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Source: kdt-scaniaz

Kredit to: http://babyibu.blogspot.com/

12 January 2012

~ S E R A B U T ~

"Redha itu Ikhlas .. Pasrah itu Menyerah" kata2 Lisa Surihani dlm Ombak Rindu

Apa kaitan ngan aku? ntahler....

Pasai pa la dok asyik terbayang gambaran tu je..cemana aku nak lupakan ni?

09 January 2012

Her first day@school

I just dont know where to start...


what will you do/what is your feeling if you found something 'crappy' inside your partner lappy?


Hari ni merupakan hari pertama Alisha kat sekolah...org dah start last week tp sekolah depa ni baru start hari ni..we decided to put her in afternoon session..sebab rasa waktu pagi tu macam rushing sikit dah le Alisha susah nak bangun..nnti nak mandi lagi..besiap lagi..berapa lama la nak tunggu dia..takot nanti Ibu tak sempat masuk opis lak..

Since hari ni hari pertama..so Ibu ngan Daddy pun pegi la sekolah nak wat spot check..nak tgk gak la keadaan cemana..sesi petang start kol 2.30 sampai 5.30..

Bila sampai kat sekolah..nampak dah ada little students kat dalam dan ada gak parents yg lain kat dalam..tapi kami tunggu kat luar ja..dlm hati tu maybe tak smpai lagi kot..but after waited..and waited dan dah nak smpai kol 2.30ptg tak juga nampak muka..dah rasa pelik dan semacam..lepas check ngan Teacher rupa-rupanya dia tertinggal kat Taska...dia tido dan diorang tak gerakkan...huuuhh...dah la dari Taska ke Sekolah kena nek Van..ni pun menambahkan kerunsingan Ibu...ada ka org monitor dia naik turun dari Van..sebab kan mende ni..Ibu dah tak bole nak wat keje..asyik teringat kejadian tu jer..

Teachers pulak macam tak mesra ibubapa...kami yg dok tercongok kt luaq ni..tadak sapa yg tegoq..haihh..first day..first impression mmg out..lets c what happen tomorrow

Ya Allah, Kau peliharalah Alisha, jauhkan lah dari perkara buruk.