Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

13 October 2011

Alisha & Pizza


Kalu dah tk tahu nak masak apa..ni la menu kami sekeluarga time hujung minggu...ni salah satu fav Alisha selain dari makaroni..spageti..sikenet ni memang suka western food..macam daddy..




Topping : sos cheese herb (preggo) + crab fillet + tuna mayo + nanas + mozarella



Topping : sos cheese herb + cheese sosej + mozarela



Topping : Sos tomato + sosej + daging burger + mozarella .. terlebih bakar daaa

16 August 2011

** Biskut Raya **

Biskut Kacang Daisy - Chef Liza






Bahan A


120 g Tepung naik sendiri

60 g Tepung gandum

40 g Tepung beras

60 g Gula perang

20 g gula kastor

1/2 st Serbuk penaik

1/2 st Bikarbonat soda


Bahan B


100 g Kacang tanah-bakar & mesin halus

60 g Cornflakes-mesin halus

1 sb Mentega kacang


Bahan C-campurkan

120 g Minyak Jagung Daisy

1 st Madu


Hiasan-Bijan putih + hitam

Telur kuning-utk sapuan


Cara:


1. Gaul semua Bahan A, Masukkan Bhn B dan gaul hingga sebati.

2. Masukkan Bahan C.

3. Canai dan terap.

4. Sapu telur kuning & tabur bijan.

5. Bakar 170C - 25 mins








15 July 2011

~ Lazy Friday ~

Friday je ker..actually setiap hari pun ada rasa bosan..tak tau lah kenapa..semenjak dua menjak ni rasa bosan yg teramat sangat di opis..ermmm agaknya dah boring ngan keje ni kot..setiap hari bende yg sama ja..macam nak kena cari new environment jer..tapi kat mane ek..


sooo...akhirnya menghabiskan masa mengomel di sini... act aku ni idak ler pandai menulis..sebb tu yg dah lama tak berupdate...

Daku beli beg ni thru intenet..since keja ni banyak gak barang yg daku beli dari internet..antaranya..baju alisha..handbag..baju kurung...blouse dan bermacam macam lagi lah..maklumlah segalanya di hujung jari jer

Ermmm tapi beg ni bukan ori yea..yg ori..i tak mampu..tak rela nak menghabiskan duit beratus henggit sekadar nak beli beg ori..tak kesah la org nak kate ape..cetak rompak pun..cetak rompak lah..sape suh jual beg memahal...even not original..but still expensive..since got minor defect..aku dpt la harga murah..RM55 jer skali ngan courier..aku suke sebab kaler biru..my fav kaler..

Ni pulak resepi yg baru dicuba : Chicken Parmigiana wif Spaghetti

Bahan:
Spaghetti-masak ikut arahan
1 tin sos Preego Tomato

Utk Ayam:
Isi ayam (daku guna bah dada/paha)
Breadcrumbs *
Telur-pukul skit
Mozarella & parmesan cheese
Tepung -daku guna tepung goreng ayam
Garam*
Serbuk lada hitam*
Mixed herb*



Cara:
1. Campur bahan bertanda * dlm satu bekas
2. Celup isi ayam dalam tepung -> telur -> breadcrumbs
3. Goreng-ketepikan (ada gak yg bakar)
4. Masak sos spaghetti spt biasa.
5. Masukkan sedikit sos spaghetti dlm bekas thn panas.
6. Letakkan ayam atas sos dan tuang sos selebihnya.
7. Tabur mozarella & parmesan atas ayam dan bakar hingga cheese cair.


*** Selain spaghetti, bole makan ngan mashed potatoes..brokoli..roti..atau ape2

22 April 2011

Red Velvet Cake

Over cooked cake..habes merekah..act stp kali bakar pun merekah..failed..





Guna resepi dari SINI...shedappp...susah nak terangkan rasa dan tekstur..kena makan baru tau..utk frosting daku guna resepi lain..nanti bila senang baru update kat sini...layannnzzzz

20 January 2011

Sugar Cookies

Sugar cookies ni daku wat spesel utk Ayu (opismate) yg nak kenduri kawen weekend nih kat Klate...saje suka-suka nak try bende baru...pastu nampak plak kat FB Zue..lagi lah bertambah berkobar kobar nak try..hasilnyer not bad..just not sure about icing consistency..aku pakai bantai ja..

Resepi sekut and royal icing daku amek dari Baking Project & dari sini (Amanda's Amazing Sugar Cookies II)

Actually amek masa gak nak wat sekut ni..adunan tu kena letak lam peti ais bagi keras skit pastu baru leh potong..kalu lambat..lembik ..kena letak lam peti ais balik..anyway setelah melihat hasilnya..Alhamdulillah..berpuas hati..


Gambaq adunan tadak..ni sekut yg dah siap di bakar dan menunggu masa utk di make up

Simple deco..sprinkle kat tepi2 ngan colour sugar
love...love...love

Cutter berbiku-biku (tapi tulisan kat dlm tu kureng memuaskan)

Masukkan dlm peket..Selesai

p/s: ada byk design and teknik yang boleh blajar dari sini Karen Cookies tp daku tak sempat nak eksperimen sebab dah siap..maybe next time..bila tengok macam nak wat perhiasan ja

08 October 2010

~ Marble Cheese Cake ~

Antara fav cake...senang plak nak wat tu..lagipun tak muak makan

Sumber:MyResepi


Bahan A:

1 cawan tepung naik sendiri
2 biji telor
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan serbuk koko
185 g butter

Bahan B:

250 g cream cheese
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu
1 sudu teh vanilla essen
1 biji telor

Cara-cara:

1. Cairkan mentega, masukkan serbok koko
2. Biarkan sejuk skit, pastu masukkan gula dan kacau
3. Masukkan telor one by one, sebatikan-ketepikan
4. Pukul cream cheese, gula dan essen vanilla hingga kembang
5. Masukkan telor dan susu (guna skit je susu)
6. Selang seli adunan koko ngan cheese
7. Bakar 170 C selama 40 mins






11 December 2009

Menu Raya Haji

Dah lama Raya Haji berlalu..tapi baru ada kesempatan nak update crita..

As usual...kami sekeluarga beraya kat sini..di Sri Kembangan.. Kak Tam aka adikku yg belajar kat UiTM pun join skali...

So daku masak Roasted Chiken utk lunch..kira nak spesel la kunun..pastu petang raya pegi jenjalan kat Jusco Equine..dekat jer ngan umah..



LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)




Bahan-bahan

· 1 kg ayam/1 ekor ayam (daku wat separuh jer)
· 1 biji lemon
· 3 ulas bawang putih
· 2 sudu besar olive oil
· Segenggam Rosemary Kering - 1/2 botol kecil
· 1 sudu besar serbuk lada hitam
· 2 biji kentang dibelah 2 - letak lebih
· 2 biji tomato atau lebih
· Baby carrots - guna carrot besar yg dipotong2
· 1 biji bawang besar dibelah 4
· 2 sudu serbuk Paprika - ditambah
· Kicap Pekat - ditambah
· Garam dan gula secukup rasa
· Madu 2 sudu besar

Cara-cara

· Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
· Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
· Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
· Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
· Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
· Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
· Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
· Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.


Brown Sos

Bahan:
1/2 biji bawang besar (potong dadu kecil-kecil)
Sedikit susu (fresh milk)
Lada hitam (ikut suka)
3 sb brown sos (guna jenama Knorr)
3 cawan air panas
1 sb butter

Cara

* Campur air panas dan brown sos hinnga sebati
  1. Tumis bawang besar
  2. Masukkan bahan * dan susu - kacau sebati
  3. Masukkan lada hitam dan garam
  4. Biarkan mendidih sekejap dan matikan api

14 November 2009

~ Fruit Tart ~

Ni wat sempena pot luck reunion geng UM...sajer nak try resepi baru..hasilnya..yummy yummy..filling tu daku guna instant custart jek..pastu letak buah kiwi ngan anggur.
Pastry
Sumber: Chef Alex Goh

Bahan-bahan :
(A)
200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila
(B)
1 biji telur
(C)
420g tepung
1 sudu besar susu tepung
Cara:
1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu.
5. Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan.
6. Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Tips: Kulit pastry ni agak lembut so lebih senang letak cling film pastu baru roll dan tekap ngan tart cutter dan letak dlm acuan. Then guna cling film gak utk ratakan dalam acuan.
Krim kastad:
Sumber: lynn hassan
100g instant kastard
200g air sejuk
100g non dairy topping cream
Cara:
Pukul semua dlm mixer sampai kental, jangan terlalu lama.
Paipkan krim , pakai nozel cream puff or swirl nozel.
Cucukkan buah2an.
Lastly: glaze dengan 100g gel aprikot yg telah direneh dengan 60g air.

~ Projek Hujung Minggu ~

Nih projek hujung minggu yg lepas...sekarang baru ada masa nak updates..maklumlah busy kat opis...

Milky Marble Cake
Sumber: Chef Norzailina Nordin


Bahan:
250g mentega (daku guna marjerin)
230g gula kastor
2 sudu kecil ovalet
4 biji telur
270g tepung superfine (guna tepung gandum jer)
1 sudu kecil serbuk penaik
60g susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar atau susu cair
1 sudu kecil pes coklat atau coklat emulco

Cara:
1. Ayak tepung dan serbuk penaik.
2. Pukul 3 bahan pertama hingga gebu dan kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga naik.
4. Masukkan bahan ayak, kacau rata.
5. Bubuh susu, gaul sebati.
6. Bahagikan 2. Masukkan serbuk koko, susu segar dan pes coklat ke dalam satu bahagian.
7. Bubuh 1/2 senduk adunan biasa ke dalam tin 22cm yang dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak.
8. Ratakan pula 1/2 senduk adunan berkoko. Ulangi hingga habis.
9. Goyangkan tin supaya adunan menjadi rata.
10.Bakar pada 180 C selama 40 - 45 minit atau hingga masak.

Komentar:Memang sedap habis kek marble nih...gula boleh dikurangkan supaya tidak terlalu manis...
Kek Coklat Moist (versi bakar)
Sumber: Lilydvalley @ MyResepi
Bahan:
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur
1 sudu teh essen vanilla
Cara:
1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
7. Angkat dan sejukkan.
Coklat Ganache:
200g coklat masakan
1/4 cawan fresh milk
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar margerin
Masak secara double boiler dan curahkan atas kek.
Komentar: Kek ni memang selalu wat..all times fav ..senang nak wat..bahan pun senang giler..takyah guna mixer...selalunya daku wat versi kukus..tapi malas plak nak tunggu so masuk oven lagik senang..letak kat sini supaya senang nak refer...
Biskut Alisha
Sumber: Yani @ MyResepi
Bahan:
80g tepung ubi
20g tepung jagung
25g gula kastor (boleh dikurangkan)
2 biji kuning telur
2 sudu besar susu tepung (susu bayi)
Cara:
1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk. Pukul dengan whisk sehingga gula larut.
2. Masukkan susu tepung, pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan pula tepung. Uli sehingga tidak melekat ditangan. Kalau agak keras bolehlah tambah sedikit air.
4. Lepas tu gentel bulat-bulat kecil. (atau bentuk kesukaan)
5. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree. Kemudian bakar selama 7-8 minit.
Komentar: Biskut ni rasa macam kuih bakar sikit tapi Alisha macam tak berapa suka plak..next time nak wat perisa coklat..

12 October 2009

Kek Marble, Mini Pizza & Nasi berkeju

Dah lama teringin nak bake marble cake...since baru je memborong baking stuff..daku pun mulakan projek kek...tapi tersalah guna tepung lak...daku ingatkan tepung naik sendiri...rupa2 nya tepung pau...ni lah kes malas nak label...tepung ni dah lama beli sebelum posa lagik...lepas balik raya dah buang tepung sebab di serang kutu2 beras...ku ingat yg dibuang itu tepung pau...rupa2nyer tepung kek...hua hua hua...walaupun guna tepung pau..sedap gak..just kek tu tak naik sangat dan teksture kek tu macam kasar2 skit..tak gebu..

Kek Marble
Sebelum bakar

Mini pizza ni buat utk lasnite dinner...kes malas nak masak dan makan nasik...topping pelbagai..chicken slices, sosej, pineapples, cendawan dan mayonis.

Selepas kuar dr oven

Nasi berkeju plak menu lunch Alisha...dia makan sikit jer..seperti biasa..my picky eater...selebihnyer ibu yg makan..

p/s-->resepi len kali la boh kat sini..malas nak taip

15 September 2009

PKR :: Projek Terakhir

Selesai sudah projek kuih raya daku...

Rasanyer dah malas nak wat walaupun masih ada satu lagik resepi yg teringin nak cuber..ermmm nak kemas rumah dan pack barang plak...nanti kalu las minit mesti ada brg tertinggai..



Semalam wat Biskut Marble Shortbread --> output ok ler...nex time kena tambah cokelat lagik dan beli cutter...daku potong ngan pisau jer...habis pecah2 sekut nih..base cam tak kuat..senang berderai... pagi tadi plak wat Cornflakes Madu..nih sentiasa diminati..Mama pun setiap thn mesti buat..takpa lah..daku pun wat jugak..utk menambahkan yg sedia ada..sebab kuih ni mesti cepat habis..

13 September 2009

22 Ramadhan

Dah semakin dekat nak raya...dan balik kampung jugee...

Bukak puasa hari ni masak simple giler...kes tak tau nak masak aper...pastu dok fikir nak wat apa sebagai pencuci tekak...teringat last week ada beli laici dan belum digunakan...so meh kita masak puding Laici

Resepi utk future ref..

Puding Laici

Bahan:

1 tin laici
1/2 tin susu cair
1 cawan gula (kurangkan sikit pun bleh)
Agar2 serbuk 5g (separuh peket)
Air 500ml

Cara:

Blend separuh laici dgn susu cair
Masak air + agar2 --> mendidih
Masukkan gula --> kacau hingga gula larut
Masukkan separuh dr air laici (kalau letak semua kena kurangkan gula)
Masukkan laici yg di blend tadi --> kacau dan matikan api
Masukkan dlm bekas dan biarkan sejuk --> letak dlm fridge
Hidangkan bersama buah laici

PKR :: Tat Nenas


Sekut kegemaran Hubby...buat pun semata2 untuk Hubby tercinta...daku tak berapa gemar...kat umah pun Mama tak penah wat sekut nih dan tak penah beli...

Filling tu beli yg ready made kat Bagus...tak berapa bagus rasa masam sikit...next time kena wat sendiri baru puas ati..

12 September 2009

11 September 2009

PKR : Biskut Rerama Almond

Pepandai jer daku bagi nama baru...marah pulak empunya resepi ni nanti...sori ek...act nama sebenaq Almond Nut Square...since sekut daku tak berbentuk segiempat...kenalah tukaq nama...


Rasa : boleh tahan ler..crunchy2...sebab kat dlm ada serbuk badam..dapat dlm satu balang besaq...byk ler pulak...sepatutnyer buat separuh adunan jer..

Sebenarnyer daku ni bukanlah peminat biskut moden nih...daku lebih suka sekut tradisional...macam putu kacang...dodol...pulut kacau...maruku...siput...kerepek..dll

04 September 2009

Double Chocolate Muffin

Hari ni sahur ngan muffin, egg tart & susu...dah lama tak makan muffin...so yesterday i baked some muffins...seperti biasa mestilah muffin cokelat yg menjadi fav...kalau daku wat muffin lain...saje nak try new recipes...diff flavours...mesti tak laku...daku jugak yg kena menghabiskan...

Hubby pulak makan megi...yesterday buka puasa kat luar...so tadak le left over...semalam daku tanya dia nak makan aper...nak makan roti...tetiba hari ni tukar menu pulak...act dah 2 hari tak bersahur...terbabas...selalunyer Hubby yg bangun awal...maklumlah masuk keje kul 5 pg...klu dia lewat...daku pun lewat ler...

Double Chocolate Muffin
Sumber: Quick N Easy Treats

Bahan-bahannya
1 ¾ cawan tepung gandum
1 sudu teh bicarbonate of soda
¾ cawan gula perang
¼ cawan serbuk koko
100 gram mentega, dicairkan
1 biji telur
¾ cawan yoghurt plain
½ cawan susu coklat
½ sudu teh esen vanilla
½ cawan coklat cip

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180’C.
2. Ayak tepung, bicarbonate of soda dan serbuk koko bersama dan masukkan gula.
3. Pukul telur dan esen vanilla, masukkan kesemua bahan cecair kedalam adunan tepung.
4. Kaup dan pusing satu arah menggunakan garfu sehingga tepung serata bersama adunan yang lain.
5. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah dilengser.
6. Bakar selama 20 minit atau sehingga lidi pengguji keluar bersih
.

30 August 2009

8 Ramadhan

Alhamdulillah...Alisha dah sihat dari demam tapi ada penyakit len plak...penyakit susah nak membuang...kui kui kui

Nih antara menu utk berbuka puasa: Ayam cendawan...puding permata...teloq goreng..fish chip dan char ktew...

Hasil puding ni tak seperti yg diharapkan...tak nampak rupa permata pong...kena try lagik nih..rasa sedap tapi kena kurangkan gula...manis wei...leh kena diabetes melitus...nie resepinyer...amik kat MyResepi...letak kat sini senang skit..klu nak wat lagik bukak jer blog sendiri..daku wat separuh jer..bleh makan utk 2 hari...

Puding Permata

Bahan-bahan
** Bahan untuk agar-agar :
300ml air
200ml susu cair
125gm gula pasir
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk agar-agar

** Bahan untuk kastad :
500ml air
400ml susu cair / susu segar
250gm gula pasir
10gm serbuk agar-agar
1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air

Cara-cara

1. ** Untuk agar-agar : Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.

2. Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.

3. ** Untuk kastad : Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.

4. Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.