23 December 2009

Ooo Balik Kampung Ooo

Last weekend balik kpg lagi...tujuan utama sebab ada wedding invitation ---> one of Hubby's close frend..so Hubby awal-awal lagi dia dah inform mesti kena pegi...daku tak kisah..nak balik kpg mesti lah seronok..sebab dpt makan masakan ibu..

Seperti biasa..kalau balik kpg, daku mesti pegi Pekan Ahad..kira macam pasar pagi..memang popular le kat Penaga nih..biasanyer daku cari seafood ler..almaklumlah kat sini..Hubby tak makan..bila balik kpg jer macam balas dendam ler...tp time balik kpg tu...ikan tak banyak sgt...musim hujan ler katakan..harga makanan laut pun mahal..so terbantut lah operasi nak wat ikan bakar...

Tapi sekarang nih musim "Mentarang"..banyak org jual siput nih...2 hari berturut2 Mama masak mentarang nih..selalunye masak gulai...pastu makan pulak ngan sambal belacan..fuhhhh meleleh ayaq liuq...
Ini ler ruper siput mentarang



Ni plak yg dah di proses


Nie plak sesudah di gulaikan

** Mentarang--> sejenis siput, famili kerang-kerangan.

22 December 2009

Besday Hubby

Sayang ... "Happy Birth...day"

Ermmmm ape nak wat eh..dah mati kutu nak bagi surprise aper...
....
....
....
dah le keje hari nih..
....
....
....
nak bake kek pun dah tak sempat...
.....
.....
.....
atau nak beli kek
.....
....
atau
.....
.....
.....
pospon Jumaat ni jer lah..
....
kan cuti Krismas..so bleh selebret skali
....
yahuuuuu

11 December 2009

Menu Raya Haji

Dah lama Raya Haji berlalu..tapi baru ada kesempatan nak update crita..

As usual...kami sekeluarga beraya kat sini..di Sri Kembangan.. Kak Tam aka adikku yg belajar kat UiTM pun join skali...

So daku masak Roasted Chiken utk lunch..kira nak spesel la kunun..pastu petang raya pegi jenjalan kat Jusco Equine..dekat jer ngan umah..



LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)




Bahan-bahan

· 1 kg ayam/1 ekor ayam (daku wat separuh jer)
· 1 biji lemon
· 3 ulas bawang putih
· 2 sudu besar olive oil
· Segenggam Rosemary Kering - 1/2 botol kecil
· 1 sudu besar serbuk lada hitam
· 2 biji kentang dibelah 2 - letak lebih
· 2 biji tomato atau lebih
· Baby carrots - guna carrot besar yg dipotong2
· 1 biji bawang besar dibelah 4
· 2 sudu serbuk Paprika - ditambah
· Kicap Pekat - ditambah
· Garam dan gula secukup rasa
· Madu 2 sudu besar

Cara-cara

· Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
· Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
· Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
· Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
· Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
· Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
· Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
· Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.


Brown Sos

Bahan:
1/2 biji bawang besar (potong dadu kecil-kecil)
Sedikit susu (fresh milk)
Lada hitam (ikut suka)
3 sb brown sos (guna jenama Knorr)
3 cawan air panas
1 sb butter

Cara

* Campur air panas dan brown sos hinnga sebati
  1. Tumis bawang besar
  2. Masukkan bahan * dan susu - kacau sebati
  3. Masukkan lada hitam dan garam
  4. Biarkan mendidih sekejap dan matikan api

Padang Kota



Alang-alang dah sampai Penang, kami pun singgah kat Padang Kota..dah lama giler tak sampai sini..agaknya last skali mase buat projek sejarah kot..

Seronok Alisha dapat main-main sambil makan-makan..angin pun sepoi sepoi..




Pemandangan laut..tapi tak berapa clear sebab udara n langit macam gelap2 skit..



Dalam feri..nak balik dah



Shedah & Adam Quek



Selamat Pengantin Baru buat Shedah & Adam...Smoga berkekalan hingga ke akhir hayat..
Date: 5 Dec 09
Location: Batu Ferrringhi
Mase daku sampai tu dah lewat skit..pengantin pun dah tukaq baju..tak sempat nak amek gambar pakai baju songket..sampai daku pun tak sempat nak bergambar...huhuhuhu...takpe lah..pengantin busy dok berposing..dah le hari tu panas giler..sampai berpeluh..Hubby pun macam malas nak tunggu lelama..habis makan..sembang skit2..
Nih antara x-SGGS yg hadir.. daku jumpa Aeiza & Intan... dua2 nih cun melecun..

09 December 2009

Bz..bz..bz

Busy nyer daku akhir akhir nih...banyak mende nak crita tapi takde masa nak menaip..dan mengupload gambaq...

Cerita pasal kenduri Shedah .. ngan Hari Raya Korban..

Tungguuuuu....

24 November 2009

Solat Kita..

Ni dari email membe opis..tapi rasanya dah penah baca..untuk ingatan diri sendiri..

Ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah Din

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah.. umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat:
  1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.
  2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

  1. Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbiri. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telingaii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telingaiii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga). Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
  2. Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
  3. Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
  4. 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu".
  5. Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
  6. Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
  7. Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.
  8. Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut ".... illallahh... " ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
  9. Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
  10. Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu.

Antaranya:

  1. Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain). Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
  2. Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
  3. Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.

18 November 2009

Alisha @ 20 months

Dah lama tak bercerita pasal perkembangan Alisha. Alisha masih tak leh cakap lagik..berat mulut gak dak kecik nih..

Perkataan yg dia boleh sebut:
  • Daddy --> her first word.(bila la Alisha dapat sebut IBU)
  • Allah --> ni mesti tiru ibu, sebab slalunyer bila nak buat sum thing ibu selalu sebut but she sound like org tua...so cute
  • Cat --> bila nampak kucing jer mesti sebut "cat..cat..cat"
  • Choo Choo --> tiru lagu dari cartoon Chunggington
  • Sheeh --> for terima kasih, tak tau dia blajar dr mana.slalunyer daku cakap thank you
  • Nyak --> for nak, if wan sum thing sambil tunjuk ngan jari
Perkembangan lain:

Hitting people/playmates- garang betul anak dara daku nih..asyik nak penampaq org jek..yg selalu jadi mangsa Daddy ler..kekadang after kiss kiss dia kasi extra penampaq lak...ermm pagi tadi masa hantar kat baby sitter..ada anak lelaki dia yg kecik skali yakni rakan sepermainan Alisha ada...tetiba Alisha pegi tampaq dia..ingat ka dia nak pegang2 tangan..nak kawan..rupa2 nya lain plak.

Independent-selalu jek berlagak nak buat sendiri..nak makan dan minum sendiri, dlm keta pun kekadang tak kasi daku pegang..

A helping hand-whatever yg kita buat mesti dia nak follow..konon-konon nak buat bersama-sama, Alisha dah pandai gosok gigi (gosok gigi cara Alisha)..nak tolong pasangkan bed sheet (tapi lebih kepada menarik kain)..lipat kain (tapi dia yg tlg pakai) normally setiap pagi bila daku bangun nak pegi keje, Alisha pun akan bangun sekali pastu bila daku pakai deodorant, dia pun nak guna sambil tiru cara daku pakai..gosok-gosok kat bawah ketiak..tersenyum bila tgk gelagat dia.

An Artist-kalau dapat pen @ pensil habis di conteng tak kira la atas kertas or atas badan sendiri or baju.

Taste testing-susah betul nak bagi makan cikenit nih...kalau sayur hanya makan carrot jer...yg lain buang dari pinggan..pastu bila suapkan makanan, dia akan rasa dulu sikit..kalau dia suka dia akan buka mulut besar or else tutup rapat2..

BabyCenter - Milestone Chart

14 November 2009

~ Fruit Tart ~

Ni wat sempena pot luck reunion geng UM...sajer nak try resepi baru..hasilnya..yummy yummy..filling tu daku guna instant custart jek..pastu letak buah kiwi ngan anggur.
Pastry
Sumber: Chef Alex Goh

Bahan-bahan :
(A)
200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila
(B)
1 biji telur
(C)
420g tepung
1 sudu besar susu tepung
Cara:
1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu.
5. Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan.
6. Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Tips: Kulit pastry ni agak lembut so lebih senang letak cling film pastu baru roll dan tekap ngan tart cutter dan letak dlm acuan. Then guna cling film gak utk ratakan dalam acuan.
Krim kastad:
Sumber: lynn hassan
100g instant kastard
200g air sejuk
100g non dairy topping cream
Cara:
Pukul semua dlm mixer sampai kental, jangan terlalu lama.
Paipkan krim , pakai nozel cream puff or swirl nozel.
Cucukkan buah2an.
Lastly: glaze dengan 100g gel aprikot yg telah direneh dengan 60g air.

~ Projek Hujung Minggu ~

Nih projek hujung minggu yg lepas...sekarang baru ada masa nak updates..maklumlah busy kat opis...

Milky Marble Cake
Sumber: Chef Norzailina Nordin


Bahan:
250g mentega (daku guna marjerin)
230g gula kastor
2 sudu kecil ovalet
4 biji telur
270g tepung superfine (guna tepung gandum jer)
1 sudu kecil serbuk penaik
60g susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar atau susu cair
1 sudu kecil pes coklat atau coklat emulco

Cara:
1. Ayak tepung dan serbuk penaik.
2. Pukul 3 bahan pertama hingga gebu dan kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga naik.
4. Masukkan bahan ayak, kacau rata.
5. Bubuh susu, gaul sebati.
6. Bahagikan 2. Masukkan serbuk koko, susu segar dan pes coklat ke dalam satu bahagian.
7. Bubuh 1/2 senduk adunan biasa ke dalam tin 22cm yang dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak.
8. Ratakan pula 1/2 senduk adunan berkoko. Ulangi hingga habis.
9. Goyangkan tin supaya adunan menjadi rata.
10.Bakar pada 180 C selama 40 - 45 minit atau hingga masak.

Komentar:Memang sedap habis kek marble nih...gula boleh dikurangkan supaya tidak terlalu manis...
Kek Coklat Moist (versi bakar)
Sumber: Lilydvalley @ MyResepi
Bahan:
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur
1 sudu teh essen vanilla
Cara:
1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
7. Angkat dan sejukkan.
Coklat Ganache:
200g coklat masakan
1/4 cawan fresh milk
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar margerin
Masak secara double boiler dan curahkan atas kek.
Komentar: Kek ni memang selalu wat..all times fav ..senang nak wat..bahan pun senang giler..takyah guna mixer...selalunya daku wat versi kukus..tapi malas plak nak tunggu so masuk oven lagik senang..letak kat sini supaya senang nak refer...
Biskut Alisha
Sumber: Yani @ MyResepi
Bahan:
80g tepung ubi
20g tepung jagung
25g gula kastor (boleh dikurangkan)
2 biji kuning telur
2 sudu besar susu tepung (susu bayi)
Cara:
1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk. Pukul dengan whisk sehingga gula larut.
2. Masukkan susu tepung, pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan pula tepung. Uli sehingga tidak melekat ditangan. Kalau agak keras bolehlah tambah sedikit air.
4. Lepas tu gentel bulat-bulat kecil. (atau bentuk kesukaan)
5. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree. Kemudian bakar selama 7-8 minit.
Komentar: Biskut ni rasa macam kuih bakar sikit tapi Alisha macam tak berapa suka plak..next time nak wat perisa coklat..

06 November 2009

Alisha oooo Alisha

Dah seminggu lebih tp masih lagi nangis bila nak di tinggalkan kat bb sitter ... adakah bb sitter babab Alisha atau Alisha terlalu manja ngan ibu..takut di tinggalkan atau Alisha belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru...

Poning daku memikirkan...palis-palis..harap2 bb sitter tak ler dera Alisha...tapi bila time balik..ok pulak..happy jer...pepagi jer meraung habis..kesian tengok dia...cemana nih? :-(

29 October 2009

Nangis :(

Pagi tadik masa hantar Alisha kat umah bb sitter...dia nangis pulak..selalu hanya wat muka masam jer tapi hari ni melalak pulak..kesian tgk dia..tanak turun dari keta..daddy nak amik pun tanak..tapi terpaksa la bagi gak dia kat bb sitter..harap-harap tak lama la Alisha meragam nih..

Kalu dia bangun awal yakni semasa daku tgh besiap nak pegi keje..lagi la susah..asyik merengek jer..pastu nak kena carry dia..takmo duduk..macam-macam ragam...

Semalam masa o.t.w dr opis daku ke umah...mulut Alisha asyik mengomel jer..tak reti diam..soooo talkative..sampai daddy pun komplen...selalunyer daddy akan pick up Alisha dulu dr umah bb sitter then pastu baru amik ibu...bila ibu masuk keta je..mula la aktiviti Alisha...selain asyik mengomel..agaknya nak cerita aktiviti dia kat umah bb sitter...dan apa lagi..mestilah nak nenen..errmmmmm

26 October 2009

1st Day @ Work

Aduss sakit kepala...dah nak macam migrain nih..bukan sebab pening kat opis tapi agaknyer sebab tak cukup tido..akhir2 nih susah tul nak tido..kol 2 lebih baru terlelap..agaknya asyik dok pikir nak keja dan Alisha kot...ish ish ish tak habis2 memikir...pastu panas giler hari nih..

Lunch @ Eton Kopitiam..K/Yusz blanjer..heheheheh..daku makan nasi+ikan+sayur campur+air suam..

Keje tak banyak pun..first day la katakan..rilex la dulu..esok baru start betul-betul..

Tak sabar nak balik...kol 6 baru leh balik...cemana la agaknya Alisha kat umah K/Zaleha..hari ni tinggal dia seharian..pagi tadi pun dia takmo turun dari keta...pandainyer anak ibu nih..dia dah tahu dah nak tinggal dia..

Sua Mesra X-Sc.Comp

Setelah berminggu-minggu berbalas balasan email..akhirnya kata putus telah dibuat..susahnyer nak himpunkan semua kekawan yg telah lama terpisah..ermmm akhirnya Sabtu lepas menjadi hari pertemuan kami semua..thanks for Ede sebab sudi menjadi host dan menyediakan makanan yg sedap..act semua kena bawa makanan sendiri..pot luck style..

Ermm menu yg disediakan oleh tuan umah ialah soto bersama nasi impit, mee dan bihun..sudah tentulah bihun menjadi pilihan..3 mangkuk daku hentam...kebulurnyerr..pastu ada sate ngan nasi impit lagik..yum yum yum..dah lama kempunan nak makan nih...dan bermacam-macam lagik lah..

Paling seronok melihat telatah anak-anak kecil...pelbagai ragam..menangis ler..tukang buli pun ader..yg ganas pun ada..lari merata-rata..habis tunggang tebalik jadinyer...kesian tuan umah kena kemas umah bila tetamu dah pulang...paling kecik sekali anak Teh..Qaleef Mikael a.ka michelin bb...umo 6 bln..anak Ede (Sophie), anak June (Aliff) dan anakku Alisha..sebaya..pastu anak Ija...Dayini umo 6 thn dan Darwish, 4 thn dan ada sorang lagik Dubies (sebaya ngan Alisha)..tapi tak dtg sebab tak sihat..

p/s-->pics akan di upload kemudian

23 October 2009

2nd day @ BS

Hari ni hantar Alisha awal skit kat K/Zaleha...

Alisha dah pandai..dia dah tau nak kena tinggal...dia tanak turun...nak soh daku carry dia..pastu bila K/Zaleha ambil dia nak dtg semula kat daku....ermmm dia siap nangis lagik...tapi daku kuatkan hati tak ambil dia..kiss kiss dan kuar dari umah...apalagi dia nampak jer aku nak blah..siap tutup gate lagik...terus meraung ler...

Tapi pegi amek Alisha pun awal skit coz nak gi umah adik daku yg memboyot...nak hantar kelambu bb ngan bath tub...next month dia dah nak balik Penaga..berbalik pada kes Alisha..masa daku nak amik tu dia baru bangun dari tido...nampak daku jer terus ceria siap dtg sampai kat gate depan lagik..pastu terus kena carry dan takmo turun..dia takot daku tinggalkan dia lagi agaknyer...syiannnnn Alisha..K/Zaleha cakap..ALisha minum banyak gak susu dari botol susu..Alhamdulillah..harap2 dia akan biasa dgn botol..

CErita pasal adik ku yg boyot a.k.a Kak Teh...dia plan nak bersalin kat Hospital Seberang Jaya...ermm daku ada bg cadangan bersalin kat Hospital Bersalin PP...tapi jauh la pulak dari Penaga nak ke Penang tu...lagi satu berita gembira..at last..first boy in our family akan tiba...yahuuuu daku akan dpt anak buah lelaki...bayangkan adik beradik daku 5 org pompuan..pastu anak akak dan anak daku pong pompuan...errmmmmm fikir la sendiri...

22 October 2009

Lega ...

Alhamdulillah...sampai jer kat depan umah K/Zaleha..masuk gate jer dah nampak Alisha...dia siap lambai tangan dan cakap haiiiiiii....sampai senget kepala...happynyer dia

K/Zaleha cakap...Alisha ok jer..just masa nak tidoq ja susah skit..dia cari nenen ibu...sampai K/Zaleha kena tido sebelah dia..teman tido...ish ish ish Alisha ni pastu dia siap raba2 nenen K/Zaleha plak...syiannn dia...

Mesti dia letih giler...agaknyer asyik main jer ngan anak K/Zaleha...pastu lepas amek dia tadi...pegi TEsco plak memborong brg umah...blom kol 10 mlm dah tido..zzzzzzzz

Gud Nite...Ibu pun mau tido...

Sedihnyer :-(

Tadi baru hantar Alisha kat umah bb sitter a.k.a Kak Zaleha...sepanjang perjalanan tu daku dah risau jer...sedih jer..mata pun dah bergenang...maklumlah pertama kali berpisah ngan anak...selalunya dia melekat jer ngan daku nih...

Sampai jer kat umah K/Zaleha tu...Alisha terus masuk dan main...wat macam umah sendiri plak...K/Zaleha tu ada anak kecik uma 2 thn..tua skit dari ALisha...harap2 ALisha leh kawan ngan dia..act hari selasa dah bawa Alisha pegi sana...sesi suai kenai...daku tgk Alisha macam ok jer ngan K/Zaleha ni...ALhamdulillah..selalunyer Alisha ni macam pilih org sikit...tak semua org yg dia tak kenal dia mau...yg kenal pun kekadang dia tak mo...ermm kat mak tok dia pun dia takmo...sampai masa aku kuar pun dia wat tak layan ler...dia sibuk dok berebut h/p ngan anak K/Zaleha...

Yang daku risau sangat sebab Alisha tak suka makan...pastu nak tido mesti cari nenen...dah tu sepanjang hari asyik nak nenen jer...cemana la agaknya dia kt sana...mesti dia tgh cari ibu sekarang nih...siannyer...sedihnyer berpisah ngan anak...wat to do...ibu kena pegi keje...kena tinggalkan Alisha...Alisha kena biasakan diri tinggal ngan org lain...harap-harap Alisha paham yg ibu tinggalkan Alisha sekejap jer...nanti ibu ambil Alisha yer..

Dalam hati daku berdoa smoga Alisha di lindungi Allah selalu...tak meragam...tak nangis...minum botol...makan...dan dapat menyesuaikan diri di tempat baru...

18 October 2009

~Muktamad ~

Keputusan telah dibuat...

Last Thursday wen to my ol ofis kat Bkt Jelutong...sembang2 ngan K/Pah pasal keje...nampaknya selepas 3 thn daku meninggalkan ofis tu masih ramai gak teman2 lama yg masih kt situ...dan ramai gak muka baru...

Daku akan di tempatkan di Dept Mastercare...tempat masa daku memula masuk keje dolu2...macam sirih pulang ke gagang la pulak...dept ni wat service kat HSBC...next week baru setat keje..26/10..kalau semua berjalan lancar ler..paling lambat pun next month...harap2 dpt masuk awal..leh le dpt gaji time ujung bln...

Agak2nya org lama leh terima daku ke? takotler...sekali diorang tak suka daku balik situ...kuang kuang kuang...ermmm...hari tu pun muka depa macam tekojut jer...

12 October 2009

Kek Marble, Mini Pizza & Nasi berkeju

Dah lama teringin nak bake marble cake...since baru je memborong baking stuff..daku pun mulakan projek kek...tapi tersalah guna tepung lak...daku ingatkan tepung naik sendiri...rupa2 nya tepung pau...ni lah kes malas nak label...tepung ni dah lama beli sebelum posa lagik...lepas balik raya dah buang tepung sebab di serang kutu2 beras...ku ingat yg dibuang itu tepung pau...rupa2nyer tepung kek...hua hua hua...walaupun guna tepung pau..sedap gak..just kek tu tak naik sangat dan teksture kek tu macam kasar2 skit..tak gebu..

Kek Marble
Sebelum bakar

Mini pizza ni buat utk lasnite dinner...kes malas nak masak dan makan nasik...topping pelbagai..chicken slices, sosej, pineapples, cendawan dan mayonis.

Selepas kuar dr oven

Nasi berkeju plak menu lunch Alisha...dia makan sikit jer..seperti biasa..my picky eater...selebihnyer ibu yg makan..

p/s-->resepi len kali la boh kat sini..malas nak taip

Yang mana satu?

Tadi K/Pah sms : ''Mira, dah keja blum? Mr Chung nak amik u kerja sini"

Nih menambahkan lagik pening ku..sebelum ni dah abis fikir...dah buat keputusan...tapi ni macam nak kena fikir lagik sekali..sekarang opis lama offer keje plak...dolu tadak sapa nak amik daku keja..tapi bila dah dpt satu..ada pulak offer len..inilah yg di namakan rezeki kot..

Alisha plak macam tau tau ja daku nak keje...dia akan ditinggalkan..sekarang kalau kuar umah...mesti nak kena dokong ja..takmo jalan..asik nak berkepit ja...pastu dah 2 hari badan dia macam panas skit..waktu mlm plak tuh..tapi dia masih aktif seperti biasa...

10 October 2009

Wean-off

Dah 2 hari cuba nak kurangkan Alisha hisap nenen...ermmm...tapi blum berjaya...huhuhuuh

Semalam ngan hari ni try letak garlic ngan halia...macam tak jalan ler...memula dia hisap sebelah kiri...rasa macam pedaq2 sikit...rasa pelik ler...dia macam protes..buat2 bunyi...pastu try lak sebelah kanan..dia protes gak..pastu dia pindah balik ke kiri...dan dgn selambe nyer menghisap...agaknyer rasa pedaq2 dah hilang...so Alisha pun minum seperti biasa...

Wuuuarrgghhhhh...

Esok nak try benda lain lak...

07 October 2009

Keje Baru

Nampaknyer daku dapat title baru...sebagai pekerja lak...hari senin lepas pegi intervew...feedback positif dari owg y intervew tuh..3 jejantan... kate diorang daku ni over qualified...fuh..setahu daku..daku nih belajar pon tak seberapa tapi boleh la wat keje...

Pagi tadi admin syarikat tu tepon...dia inform daku dpt jawatan tuh..gaji takle byk sgt macam gaji utk pelajar yg lepas grad jer..mmg kurang dr gaji daku kat NEC dolu..tapi daku tak kisah ler..asalkan dpt $ dan leh bayar hutang ptptn yg dah lama tak berbayor..TAPI..opis lama kat Bkt Jelutong pon mungkin nak pakai org...tak leh nak confirm hr ni sebab bos besar ada meeting kat Thailand...daku mmg kamceng ngan bos nih..dolu mase pegnen pun diorang ada offer tapi daku takmo sebab muntah teruk sangat..nih yg daku serba salah sampai tak leh tido malam..sebab dok pikiaq nak pilih yg mana...opis baru ni mmg dkt ngan umah dan mmg dah dlm tangan tapi opis lama blum confirm tapi mmg gaji lumayan dan daku dah biasa ngan persekitaran kat situ...dan bleh up gaji sikit...dolu mase daku nak resign pun bos siap offer gaji baru...nak termakan gak tapi daku dah kompom ngan NEC dan dah mmg plan nak blk kpg...

Lagi satu masalah nak pikiaq...nursery @ bbsitter utk Alisha...dan satu lagi masalah besaq..cemana nak stop Alisha dr breast feeding...cabaran terbesaq nih...tulun...nak kena pi google cara2 utk hentikan susu..

Lupa plak nak inform..tarikh stat keja 19-10-09...hanya beberapa hari je lagik...sempat ka nak cari nursery dan nak sesuaikan Alisha ngan environment baru.

Jawatan Baru Saya ialah Penyambut Tetamu.

03 October 2009

Keyboard Rosak

Kuang kuang kuang.....

Keyboard pc rosak lak...klu nak menaip kena guna laptop...malaih tol..klu guna laptop Alisha pon nak menaip skali....hampeh...so alamatnya tak berupdates ler blog ku ini...ini pun kena tunggu Alisha tdo baru leh guna laptop...

Tapi setakat nak men game kat bukumuka muka tu takdak hal...sebab guna mouse jek...tapi bila ada membe msg..takleh reply plak...ish ish ish...jgn marah yer..bukan salah ku..bukan daku takmo layan tapi keyboard yg wat perangai...huhuhuhuhu

20 September 2009

1 Syawal 1430

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kenyangnyer....gambaran pertama hari raya....

Alhamdulillah tak hujan...2...3 hari ni asyik hujan ja...tadi pun macam nak hujan tapi tak hujan lak...klu tak beraya lam hujan ler...

Alisha wif her first baju kurung....sooo cute...ermm later...will upload sum photos...but not today...malas...

Esok ada reunion...yahuuuuu...dah lama tak jumpa kawan kawan ku...


17 September 2009

Balik Kampung

Yahuuuu...hari ni dah nak balik kampung ku yg tercinta...

Harap2 esok bleh pi Pasar Ramadhan Penaga...nak beli nasi lemak daun lemuni...yum yum yum

"Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin"

15 September 2009

PKR :: Projek Terakhir

Selesai sudah projek kuih raya daku...

Rasanyer dah malas nak wat walaupun masih ada satu lagik resepi yg teringin nak cuber..ermmm nak kemas rumah dan pack barang plak...nanti kalu las minit mesti ada brg tertinggai..



Semalam wat Biskut Marble Shortbread --> output ok ler...nex time kena tambah cokelat lagik dan beli cutter...daku potong ngan pisau jer...habis pecah2 sekut nih..base cam tak kuat..senang berderai... pagi tadi plak wat Cornflakes Madu..nih sentiasa diminati..Mama pun setiap thn mesti buat..takpa lah..daku pun wat jugak..utk menambahkan yg sedia ada..sebab kuih ni mesti cepat habis..

13 September 2009

22 Ramadhan

Dah semakin dekat nak raya...dan balik kampung jugee...

Bukak puasa hari ni masak simple giler...kes tak tau nak masak aper...pastu dok fikir nak wat apa sebagai pencuci tekak...teringat last week ada beli laici dan belum digunakan...so meh kita masak puding Laici

Resepi utk future ref..

Puding Laici

Bahan:

1 tin laici
1/2 tin susu cair
1 cawan gula (kurangkan sikit pun bleh)
Agar2 serbuk 5g (separuh peket)
Air 500ml

Cara:

Blend separuh laici dgn susu cair
Masak air + agar2 --> mendidih
Masukkan gula --> kacau hingga gula larut
Masukkan separuh dr air laici (kalau letak semua kena kurangkan gula)
Masukkan laici yg di blend tadi --> kacau dan matikan api
Masukkan dlm bekas dan biarkan sejuk --> letak dlm fridge
Hidangkan bersama buah laici

PKR :: Tat Nenas


Sekut kegemaran Hubby...buat pun semata2 untuk Hubby tercinta...daku tak berapa gemar...kat umah pun Mama tak penah wat sekut nih dan tak penah beli...

Filling tu beli yg ready made kat Bagus...tak berapa bagus rasa masam sikit...next time kena wat sendiri baru puas ati..

12 September 2009

11 September 2009

PKR : Biskut Rerama Almond

Pepandai jer daku bagi nama baru...marah pulak empunya resepi ni nanti...sori ek...act nama sebenaq Almond Nut Square...since sekut daku tak berbentuk segiempat...kenalah tukaq nama...


Rasa : boleh tahan ler..crunchy2...sebab kat dlm ada serbuk badam..dapat dlm satu balang besaq...byk ler pulak...sepatutnyer buat separuh adunan jer..

Sebenarnyer daku ni bukanlah peminat biskut moden nih...daku lebih suka sekut tradisional...macam putu kacang...dodol...pulut kacau...maruku...siput...kerepek..dll

20 Ramadhan

Sampai jugak hajat nak pi Pasar Ramadhan Putrajaya...kedai banyak giler tapi makanan lebih kureng sama jer...tatau nak beli hapa..

Popia basah yg diidam-idamkan sudah dibeli tapi rasa macam kureng sikit ler...tak sesedap last year punyer...selain popia...beli murtabak...mee & ktew goreng...dan nasi tomato...so dinner mlm nih tak yah masak...yahuuuu....chef dapat cuti...
pastu on d way nak balik umah, singgah mamak...beli teh ais...sedapnyer...dah lama tak minum...since bersalin dan menyusukan Alisha mmg dah jarang2 minum ais dan minuman bergas...bila teingin ja baru minum...


Adusss...la ni susah lak nak tido mlm...nih semua penangan teh ais...kalu minum jer mesti susah nak tido mlm...Hubby syok ja tido kat sebelah...las2 jam dah berbunyi nak kejut makan soq...ermmm nanti bila Alisha bangun lagi la tadak can nak tido...letih ler daku siang nanti...

09 September 2009

*-* PKR *-*

Jangan salah faham...tak berkaitan ngan memana parti tapi Projek Kuih Raya...

2 jenis kuih dah di siapkan...yahuuuu...tak sangka pencapaian daku sebegini rupa...macam tak caya pun ada gak...ni lah tahun pertama wat kuih sendiri...dolu2 ada la tolong mama...

Wat kuih sempoi2 jer...sib baik Alisha layan kartun kegemaran dia...so dapat la ibu layan kuih raya...kuih yg komplikated skit..tunggu hari cuti...Hubby ada kat umah...so leh la layan Alisha..

Nak tahu kuih ape...tungguuu...malas nak upload gambaq...

07 September 2009

Alisha : Perkataan Pertama

Dua tiga menjak nih Alisha dah pandai sebut perkataan pertama dia..iaitu...Daddy...tapi bunyi cam pelik skit ler..pelat bebudak...DJeeJiiiiii...kembang semangkuk ler si Daddy...penat2 daku mengandung..dia panggil daddy...takper...pandai Alisha amik hati daddy..klu tak mesti daddy merajuk...hehehehe...

Ermmm kekadang daku pun dipanggil daddy...semua bendalah daddy...tak sabar nak dengar perkataan seterusnyer...

Alisha dgn henbag...pantang jumpa henbag ngan kasut...mesti dia nak sapu...kalau pegi in-door playground...kasut bebudak lain yg kat lantai tu yg nak dimain nyerr..ish ish ish..

Tak sabaqnyer...

kurang 2 minggu lagik nak raya...act tak sabar nak balik kampung...nak makan masakan Mama...nak menikmati udara kampung...raya tu rasanyer cam biasa jer...masa kekecik ja over xcited nak kutip duit raya...

Semalam berbuka posa kat Giant Shah Alam...terasa nak makan char ktew kat situ...sebenaqnyer plan nak pi Pasar Ramadhan Shah Alam..tapi tak jadi sebab dah lewat pastu byk giler keta...

Sebab utama pegi Shah Alam...nak beli bhn-bhn utk kukis...ramai giler org kat Bagus...jenuh menunggu nak bayar...pastu kebanyakkan brg semuanyer dlm kuantiti yg besar...terpaksa la beli jugak...after membeli belah kat Bagus pegi amik Kak Tam kat UiTM...dan terus ke Giant..menu daku utk berbuka : char ktew, cendol dan popia basah...lupa plak nak amik gambo...lapar sgt...hehehehe...tapi memang sedap giler lah..sampai tapau popia utk makan kat umah pulak...

04 September 2009

Double Chocolate Muffin

Hari ni sahur ngan muffin, egg tart & susu...dah lama tak makan muffin...so yesterday i baked some muffins...seperti biasa mestilah muffin cokelat yg menjadi fav...kalau daku wat muffin lain...saje nak try new recipes...diff flavours...mesti tak laku...daku jugak yg kena menghabiskan...

Hubby pulak makan megi...yesterday buka puasa kat luar...so tadak le left over...semalam daku tanya dia nak makan aper...nak makan roti...tetiba hari ni tukar menu pulak...act dah 2 hari tak bersahur...terbabas...selalunyer Hubby yg bangun awal...maklumlah masuk keje kul 5 pg...klu dia lewat...daku pun lewat ler...

Double Chocolate Muffin
Sumber: Quick N Easy Treats

Bahan-bahannya
1 ¾ cawan tepung gandum
1 sudu teh bicarbonate of soda
¾ cawan gula perang
¼ cawan serbuk koko
100 gram mentega, dicairkan
1 biji telur
¾ cawan yoghurt plain
½ cawan susu coklat
½ sudu teh esen vanilla
½ cawan coklat cip

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180’C.
2. Ayak tepung, bicarbonate of soda dan serbuk koko bersama dan masukkan gula.
3. Pukul telur dan esen vanilla, masukkan kesemua bahan cecair kedalam adunan tepung.
4. Kaup dan pusing satu arah menggunakan garfu sehingga tepung serata bersama adunan yang lain.
5. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah dilengser.
6. Bakar selama 20 minit atau sehingga lidi pengguji keluar bersih
.