11 December 2009

Menu Raya Haji

Dah lama Raya Haji berlalu..tapi baru ada kesempatan nak update crita..

As usual...kami sekeluarga beraya kat sini..di Sri Kembangan.. Kak Tam aka adikku yg belajar kat UiTM pun join skali...

So daku masak Roasted Chiken utk lunch..kira nak spesel la kunun..pastu petang raya pegi jenjalan kat Jusco Equine..dekat jer ngan umah..



LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)




Bahan-bahan

· 1 kg ayam/1 ekor ayam (daku wat separuh jer)
· 1 biji lemon
· 3 ulas bawang putih
· 2 sudu besar olive oil
· Segenggam Rosemary Kering - 1/2 botol kecil
· 1 sudu besar serbuk lada hitam
· 2 biji kentang dibelah 2 - letak lebih
· 2 biji tomato atau lebih
· Baby carrots - guna carrot besar yg dipotong2
· 1 biji bawang besar dibelah 4
· 2 sudu serbuk Paprika - ditambah
· Kicap Pekat - ditambah
· Garam dan gula secukup rasa
· Madu 2 sudu besar

Cara-cara

· Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
· Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
· Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
· Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
· Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
· Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
· Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
· Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.


Brown Sos

Bahan:
1/2 biji bawang besar (potong dadu kecil-kecil)
Sedikit susu (fresh milk)
Lada hitam (ikut suka)
3 sb brown sos (guna jenama Knorr)
3 cawan air panas
1 sb butter

Cara

* Campur air panas dan brown sos hinnga sebati
  1. Tumis bawang besar
  2. Masukkan bahan * dan susu - kacau sebati
  3. Masukkan lada hitam dan garam
  4. Biarkan mendidih sekejap dan matikan api

Padang Kota



Alang-alang dah sampai Penang, kami pun singgah kat Padang Kota..dah lama giler tak sampai sini..agaknya last skali mase buat projek sejarah kot..

Seronok Alisha dapat main-main sambil makan-makan..angin pun sepoi sepoi..




Pemandangan laut..tapi tak berapa clear sebab udara n langit macam gelap2 skit..



Dalam feri..nak balik dah



Shedah & Adam Quek



Selamat Pengantin Baru buat Shedah & Adam...Smoga berkekalan hingga ke akhir hayat..
Date: 5 Dec 09
Location: Batu Ferrringhi
Mase daku sampai tu dah lewat skit..pengantin pun dah tukaq baju..tak sempat nak amek gambar pakai baju songket..sampai daku pun tak sempat nak bergambar...huhuhuhu...takpe lah..pengantin busy dok berposing..dah le hari tu panas giler..sampai berpeluh..Hubby pun macam malas nak tunggu lelama..habis makan..sembang skit2..
Nih antara x-SGGS yg hadir.. daku jumpa Aeiza & Intan... dua2 nih cun melecun..

09 December 2009

Bz..bz..bz

Busy nyer daku akhir akhir nih...banyak mende nak crita tapi takde masa nak menaip..dan mengupload gambaq...

Cerita pasal kenduri Shedah .. ngan Hari Raya Korban..

Tungguuuuu....

24 November 2009

Solat Kita..

Ni dari email membe opis..tapi rasanya dah penah baca..untuk ingatan diri sendiri..

Ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah Din

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah.. umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat:
  1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.
  2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

  1. Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbiri. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telingaii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telingaiii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga). Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
  2. Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
  3. Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
  4. 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu".
  5. Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
  6. Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
  7. Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.
  8. Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut ".... illallahh... " ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
  9. Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
  10. Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu.

Antaranya:

  1. Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain). Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
  2. Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
  3. Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.

18 November 2009

Alisha @ 20 months

Dah lama tak bercerita pasal perkembangan Alisha. Alisha masih tak leh cakap lagik..berat mulut gak dak kecik nih..

Perkataan yg dia boleh sebut:
  • Daddy --> her first word.(bila la Alisha dapat sebut IBU)
  • Allah --> ni mesti tiru ibu, sebab slalunyer bila nak buat sum thing ibu selalu sebut but she sound like org tua...so cute
  • Cat --> bila nampak kucing jer mesti sebut "cat..cat..cat"
  • Choo Choo --> tiru lagu dari cartoon Chunggington
  • Sheeh --> for terima kasih, tak tau dia blajar dr mana.slalunyer daku cakap thank you
  • Nyak --> for nak, if wan sum thing sambil tunjuk ngan jari
Perkembangan lain:

Hitting people/playmates- garang betul anak dara daku nih..asyik nak penampaq org jek..yg selalu jadi mangsa Daddy ler..kekadang after kiss kiss dia kasi extra penampaq lak...ermm pagi tadi masa hantar kat baby sitter..ada anak lelaki dia yg kecik skali yakni rakan sepermainan Alisha ada...tetiba Alisha pegi tampaq dia..ingat ka dia nak pegang2 tangan..nak kawan..rupa2 nya lain plak.

Independent-selalu jek berlagak nak buat sendiri..nak makan dan minum sendiri, dlm keta pun kekadang tak kasi daku pegang..

A helping hand-whatever yg kita buat mesti dia nak follow..konon-konon nak buat bersama-sama, Alisha dah pandai gosok gigi (gosok gigi cara Alisha)..nak tolong pasangkan bed sheet (tapi lebih kepada menarik kain)..lipat kain (tapi dia yg tlg pakai) normally setiap pagi bila daku bangun nak pegi keje, Alisha pun akan bangun sekali pastu bila daku pakai deodorant, dia pun nak guna sambil tiru cara daku pakai..gosok-gosok kat bawah ketiak..tersenyum bila tgk gelagat dia.

An Artist-kalau dapat pen @ pensil habis di conteng tak kira la atas kertas or atas badan sendiri or baju.

Taste testing-susah betul nak bagi makan cikenit nih...kalau sayur hanya makan carrot jer...yg lain buang dari pinggan..pastu bila suapkan makanan, dia akan rasa dulu sikit..kalau dia suka dia akan buka mulut besar or else tutup rapat2..

BabyCenter - Milestone Chart

14 November 2009

~ Fruit Tart ~

Ni wat sempena pot luck reunion geng UM...sajer nak try resepi baru..hasilnya..yummy yummy..filling tu daku guna instant custart jek..pastu letak buah kiwi ngan anggur.
Pastry
Sumber: Chef Alex Goh

Bahan-bahan :
(A)
200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila
(B)
1 biji telur
(C)
420g tepung
1 sudu besar susu tepung
Cara:
1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu.
5. Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan.
6. Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Tips: Kulit pastry ni agak lembut so lebih senang letak cling film pastu baru roll dan tekap ngan tart cutter dan letak dlm acuan. Then guna cling film gak utk ratakan dalam acuan.
Krim kastad:
Sumber: lynn hassan
100g instant kastard
200g air sejuk
100g non dairy topping cream
Cara:
Pukul semua dlm mixer sampai kental, jangan terlalu lama.
Paipkan krim , pakai nozel cream puff or swirl nozel.
Cucukkan buah2an.
Lastly: glaze dengan 100g gel aprikot yg telah direneh dengan 60g air.