24 July 2009

Jumaat Penghulu segala Hari

Dari dlm rumah daku terdengar sayup-sayup khutbah Jumaat dari surau berdekatan umah...tapi tak jelas pulak apa yg di khutbahkan...hari ni juge hari cuti untuk suami daku...hubby lebih senang bersolat Jumaat di Masjid MMU...katenyer...senang skit nak paham khutbah sebab dlm English...lagi pun penyampaian khutbahnya lebih seimbang...tidak berpihak mana2 parti...

Hari ni utk luch...daku masak...macarono & cheese...dan sebagai pencuci mulut daku mencuba resepi Puding Karamel...yg dicilok dari My Resepi..

Puding Karamel
Sumber: MyResepi.com --> Alia


Bahan-bahan ( saiz:16 cm )
  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Hasilnyer memang tak menghampakan...sedapppp...tapi sebelum nak masukkan campuran ke dlm bekas yg ada karamel tu...tapis dulu...so puding yg terhasil takde lah berongga2.. yum yum yum

Macaroni & Cheese

Layan gambar.....

No comments: